Kelas Keusahawanan (Make up - Basic to advance) Minggu Pertama

8 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 7 December 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas keusahawanan iaitu kelas make-up Basic to Advance dengan tema ‘Dinner’ bersama dengan komuniti sekitar Lubok Antu. Usahawan yang dijemput iaitu Puan Foreda Voon dan seramai 9 orang peserta yang menghadiri kelas tersebut. Kelas ini diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Tujuan kelas ini dianjurkan adalah untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan sekitar Lubok Antu dalam kepelbagaian bidang. Kelas ini juga turut mendedahkan komuniti Lubok Antu bahawa bidang solekan juga mampu dijadikan medium untuk menjana pendapat sama ada sampingan atau pendapatan utama. Disamping itu, kelas usahawan ini juga bertujuan untuk mengasah bakat sedia ada dalam bidang solekan sekaligus menambahkan lagi pengetahuan dan ilmu serta meningkatkan kreativiti dalam kalangan komuniti yang berminat atau yang ingin menceburi bidang ini. Program seperti ini juga bukan sahaja mampu melahirkan lebih ramai usahawan bahkan dapat membantu golongan suri rumah khasnya dalam menjana pendapatan mereka sendiri.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program keusahawanan:
1) Pendaftaran Peserta
2) Penerangan tentang pemilihan jenis warna yang bersesuaian dengan tema iaitu ‘dinner’
3) Praktikal Solekan bertemakan ‘dinner’
4) Penyampaian Sijil dan Hadiah kepada Peserta Terbaik
5) Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali